Mevlevi

Tarekat Mevlevi atau Mevleviye adalah suatu golongan Sufi didirikan oleh para pengikut Jalal ad-Din Muhammad Balkhi-Rumi, seorang penyair, qadi dan agamawan Parsi abad ke-13 di Konya (kinin Turki). Golongan tarekat ini dikenali kerana bentuk kegiatan mereka yang menari berpusing yang diamalkan sebagai suatu bentuk zikir mendekatkan diri kepada Allah.