Metro Taipei

Transit Aliran Massa Taipei/Metro Taipei
ترنسيت اليرن مسسا تايڤيي/ميترو تايڤيي
Fail:Metro Taipei Logo.svg
Ruang platform stesen Dewan Peringatan Chiang Kai-shek
Umum
Nama asal
  • 臺北都會區大眾捷運系統
  • 臺北捷運
PemilikPemerintah Bandaraya Taipei
Lokasi Taipei, Taipei Baru
 Taiwan
Jenis transit
Alihan laju, kereta api lapangan terbang
Jumlah laluan/aliran
  • 6 laluan utama
  • 2 laluan cabang
Nombor laluan/aliran
Jumlah stesen
131
Bil. penumpang harian
1,900,685 (2020)
Bil. penumpang tahunan
695,650,777 (2020)
Ketua eksekutifBC Yen
Laman sesawang
www.metro.taipei
Operasi
Mula beroperasi
28 Mac 1996 (1996-03-28)
PengendaliPerbadanan Alihan Laju Taipei
Ciri–ciriBertingkat
Jumlah kenderaan
217.5 kereta api
Panjang kereta api
6 gerabak
Jarak kepala
80 saat-7 minit (12-15 minit pada waktu malam)
Teknikal
Panjang sistem
152.9 kilometer (95.0 bt)
Bilangan landasan
2
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
Jejari kelengkungan minimum
200 meter (660 ka)
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan purata
31.5 km/j (19.6 mph)
Kelajuan tertinggi
90 km/j (56 mph)
sunting

Transit Aliran Massa Taipei (MRT), dijenamakan sebagai Metro Taipei ialah sistem alihan laju yang memberi khidmat di kawasan Taipei dan Taipei Baru, Taiwan. Sistem ini dikendalikan oleh syarikat milik pemerintah, Perbadanan Alihan Laju Taipei, yang juga mengendalikan Gondola Maokong.

Metro Taipei merupakan sistem seumpamanya yang pertama di Taiwan. Rangkaian asal alihan laju ini diluluskan untuk pembinaan pada 1986 dan kerja-kerjanya bermula dua tahun kemudian. Laluan pertama dibuka pada tahun 1996 dan pada 2000, 62 stesen telah beroperasi di tiga laluan utama. Lebih dari sembilan tahun, bilangan penumpangnya meningkat sebanyak 70%. Sejak 2008, rangkaian ini telah berkembang kepada 131 stesen dan bilangan penumpang menokok 66% lagi.