Met Gala

Met Gala atau nama rasminya Gala Institut Peragaan (bahasa Inggeris: Costume Institute Gala) adalah suatu gala diadakan Muzium Seni Metropolitan di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat sempena pembukaan pameran tahunan Institut Peragaan muzium tersebut yang menghimpunkan 33 ribu objek sejarah fesyen manusia sejak abad ke-15. Para tetamu undangan memperagakan fesyen dipakai mereka ke acara ini mengikut tema ditetapkan penganjur gala ini setiap tahun yang adakala menampakkan reka bentuk yang menonjol dan anekawarna. Acara ini mula diadakan pada tahun 1948.

Festival ini menarik perhatian banyak selebriti dan artis terkenal sehingga menjadi antara acara sangat utama dan eksklusif di dunia setaraf Anugerah Akademi. Acara ini merupakan titik utama pengutipan sumbangan kewangan untuk institut ini dengan sebanyak USD9 juta diraih pada tahun 2013 meningkat kepada USD12 juta pada tahun berikutnya.