Mesut Özil

Mesut Özil
Maklumat peribadi
Nama penuh Mesut Özil
Tarikh lahir (1988-10-15) 15 Oktober 1988
Tempat lahir Gelsenkirchen, Jerman Barat
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Nombor 11
Kerjaya remaja
1995–1998 Westfalia 04 Gelsenkirchen
1998–1999 Teutonia Schalke-Nord
1999–2000 Falke Gelsenkirchen
2000–2005 Rot-Weiss Essen
2005–2006 Schalke 04
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Schalke 04 30 (0)
2008–2010 Werder Bremen 71 (13)
2010–2013 Real Madrid 105 (19)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Jerman B19 11 (4)
2007–2009 Jerman B21 16 (5)
2009–2018 Jerman 92 (23)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Mei 2019 (UTC)

Mesut Özil (lahir Oktober 15, 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Özil telah menjadi pemain remaja kebangsaan sejak 2006 dan beliau merupakan pemain kebangsaan untuk Jerman pada 2009. Beliau mendapat perhatian antarabangsa semasa Piala Dunia 2010 dan dicalonkan untuk Anugerah Bola Emas, dimana anugerah ini disampaikan untuk pemain terbaik pertandingan. Özil memulakan kareer senior di kelab asal beliau, Schalke dalam Bundesliga pada 2006, berpindah ke Werder Bremen pada 2008 dan menyertai Real Madrid pada 2010 berikutan prestasi yang membanggakan dalam Piala Dunia FIFA bersama Jerman.

Özil diberi pujian atas ketangkasan dan bertambah baik sebagai pemain tengah. Gaya dan kemampuan beliau menghasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan menyebabkan beliau dibandingkan oleh Jose Mourinho (pengurus beliau ketika di Real Madrid) kepada lagenda Real Madrid, Zinedine Zidane. Pada 2010-11, Özil mendapat kedudukan pertama dalam bantuan gol untuk pertandingan domestik dan Eropah sebanyak 25. Pada 2011-12, beliau berada di tempat pertama untuk bantuan gol dalam La Liga bersama 17 bantuan gol. Özil merupakan pembantu gol usaha tertinggi dalam kedua-dua 2010 Piala Dunia FIFA dan UEFA Euro 2012.