Messerschmitt Bf 109
| Bf 109 | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat pejuang |
| Pengeluar | Bayerische Flugzeugwerke Messerschmitt |
| Direka oleh | Willy Messerschmitt |
| Penerbangan sulung | 28 Mei 1935 |
| Diperkenalkan | 1937 |
| Dihentikan | 1945, Luftwaffe 1965, Sepanyol |
| Status | Dibersarakan |
| Pengguna utama | Luftwaffe Tentera Udara Hungary Aeronautica Nazionale Repubblicana Forţele Aeriene Regale ale României |
| Jumlah dibina | lebih daripada 33,000 |
| Kelainan | Avia S-99/S-199 Hispano Aviacion Ha 1112 |
Messerschmitt Bf 109 merupakan sebuah pesawat pejuang Jerman yang digunakan semasa Perang Dunia II. Pesawat ini telah direka oleh Willy Messerschmitt pada awal tahun 1930-an. Ia merupakan salah sebuah pesawat pejuang yang benar-benar moden pada era itu, yang mana memiliki ciri-ciri seperti bahan binaannya keseluruhannya daripada logam monocoque, kanopi tertutup, dan giar pendaratan yang boleh ditarik masuk semula. Bf 109 telah dikeluarkan dalam jumlah yang besar berbanding dengan mana-mana pesawat pejuang dalam sejarah, dengan sejumlah 33,984 buah pesawat telah dihasilkan sehingga April 1945. Jumlah pengeluarannya adalah sebanyak 47% dari jumlah keseluruhan pengeluaran pesawat Jerman, manakala jumlah pesawat Bf 109 adalah sebanyak 57% berbanding jumlah keseluruhan pesawat pejuang Jerman yang dikeluarkan. Sejumlah 2,193 buah pesawat Bf 109 A-E telah dibina sebelum perang, dari 1936 sehingga Ogos 1939. Kira-kira 1,000 buah pesawat terbitan daripada Bf 109 telah dikeluarkan secara berlesen selepas perang seperti Avia S-99 & S-199s (buatan Czechoslovakia) dan Hispano Aviación HA-1109 dan HA-1112 Buchon (buatan Sepanyol).