Al-Masih

Al-Masih (Arab: المسيح atau Messiah adalah gelaran penyelamat atau pembebas bagi sekumpulan orang, biasanya dalam agama-agama samawi. Dalam Kitab Bible Ibrani, Al-Masih (atau Mashiach) adalah seorang raja atau Imam Besar tradisional yang disalep dengan minyak pengurapan suci. Perkataan al-Masih secara harfiah bermaksud "Orang yang disapu (dengan minyak di kepala)".

Terjemahan kata Ibrani Mašíaḥ sebagai Χριστός (Khristós) dalam Septuagint Yunani menjadi penetapan yang diterima oleh masyarakat Kristian dan gelaran Jesus. Kristian percaya bahawa ramalan dalam Alkitab Ibrani (terutamanya Isaiah) merujuk kepada penyelamat rohani dan percaya Jesus sebagai Al-Masih (Christ). Orang Yahudi pula percaya bahawa Al-Masih Yahudi adalah seorang pemimpin yang diurapi oleh Elohim, secara fizikal turun daripada keturunan Raja Daud, yang akan memerintah suku-suku kaum Israel dan menandakan Zaman Mesianik dan keamanan global juga dikenali sebagai 'Dunia akan Datang'.

Hadis Islam menegaskan bahawa Nabi Isa a.s. ibni Maryam, ialah Nabi dan Al-Masih yang dihantar kepada Bani Israel yang dijanjikan, dan bahawa baginda sekali lagi akan kembali ke Bumi pada Hari Kiamat, bersama-sama dengan Imam Mahdi, dan mereka akan mengalahkan Masih-Al-Dajjal, iaitu "Masih palsu" atau Anti-Al-Masih. Nabi Isa akan menyatukan umat Islam di bawah tujuan yang sama iaitu menyembah Allah mengikut ajaran Islam yang sebenar, dengan itu menamatkan perpecahan dan penyelewengan.