Meriam kapal 38 sm SK C/34
| Meriam laut 38 sm SK C/34 | |
|---|---|
Turet 38 sm Batterie Vara, Kristiansand, Norway | |
| Jenis | Meriam kapal, Meriam keretapi dan Pertahanan pantai |
| Tempat asal | Jerman |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Dalam perkhidmatan | 1940–45 |
| Digunakan oleh | Jerman Nazi |
| Perang | Perang Dunia II |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | Krupp |
| Direka | 1936–39 |
| Pengeluar | Krupp |
| Spesifikasi | |
| Berat | 111 tonne (109 long ton; 122 short ton) |
| Panjang | 19.63 m (64 ka 5 in) |
| Panjang laras | 18.405 m (60 ka 4.6 in) L/52 |
| Shel | peluru bedil, muat berasingan |
| Kaliber | 380 milimeter (15 in) |
| Breech | blok gelongsor mendatar |
| Rekoil | Hidro-pneumatik |
| Ketinggian | -5.5° to +30° |
| Rentas | up to 360° |
| Kadar tembakan | 2.5 rpm |
| Halaju muncung | 820 m/s (2,700 ft/s) |
| Jarak tembakan efektif | 36.5 km (22.7 bt) with 800 kg (1,800 lb) shell at 30° elev. |
Meriam kapal berukuran 38 sm SK C/34 telah dibangunkan oleh Tentera Jerman dari pertengahan hingga akhir tahun 1930an. Ia mempersenjatai kapal tempur kelas-Bismarck dan dirancang sebagai persenjataan kruiser tempur kelas-O dan mempersenjatai semula kapal tempur kelas-Scharnhorst. Cagak (mounting) enam meriam berkembar juga dijual kepada Soviet Union dan ia dirancang untuk menggunakannya pada kruiser tempur kelas-Kronshtadt, tetapi ia tidak pernah dihantar. Meriam ganti digunakan sebagai artileri pantai di Denmark, Norway dan Perancis. Satu meriam dan satu laras kini dipamerkan di Kubu Møvig masing-masing diluar Kristiansand dan Bunkermuseum Hanstholm, Denmark.