Merchang
Merchang merupakan sebuah kampung yang terletak di mukim yang mempunyai nama yang sama di daerah Marang, Terengganu, Malaysia. Perikanan (termasuk perusahaan tiram) dan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama di Merchang. Penduduknya 97% ialah orang Melayu. Sektor ekonomi di Merchang agak mundur dan amat memerlukan kemudahan infrastuktur kerana kedudukannya yang amat jauh dari bandar-bandar utama seperti Kuala Terengganu (38 km) dan Kuala Dungun (37 km). Rata-rata penduduk di Merchang beragama Islam.