Kuang cermin Melayu

Kuang cermin Melayu
Merak pongsu
Jantan dewasa di Taman Burung Jurong, Singapura
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Phasianidae
Genus:
Polyplectron
Spesies:
P. malacense
Nama binomial
Polypectron malacense
(Scopoli, 1786)
Sinonim

Pavo malacensis Scopoli, 1786
Polyplectron bicalcaratum (non Linnaeus, 1758: preoccupied)
Polyplectron malacense malacense (Scopoli, 1786)

Kuang cermin Melayu, kuang pongsu atau merak pongsu (nama saintifik: Polypectron malacense) tinggal di hutan-hutan tanah pamah dan sungai Semenanjung Malaysia. Pada suatu ketika, spesies ini amat biasa ditemukan di Semenanjung Melayu serta di Myanmar, pulau-pulau Singapura dan Sumatera; walau bagaimanapun, ia telah pupus di kebanyakan kawasan ini.

Burung ini digolongkan dalam kumpulan asas genus Polypectron bersama-sama kuang cermin Borneo — spesies kembarnya — dan kuang merak Palawan yang lebih jauh kaitannya, penyebarannya mungkin berlaku pada Zaman Pliosen. Pada masa dahulu, kuang cermin Borneo biasanya dianggap sebagai salah satu subspesies kuang pongsu.

Jumlah burung ini berkurangan akibat kehilangan habitat yang berterusan serta taburan yang terhad, ia dinilaikan sebagai spesies burung terancam genting dalam Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam, dan tersenarai dalam Lampiran II CITES.