Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim
Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman | |
|---|---|
Meor Abdul Rahman [M.A.R] | |
| Kelahiran | Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim 17 Ogos 1915 |
| Meninggal dunia | 23 Jun 1991 (umur 75) |
| Nama lain | - |
| Pekerjaan | Pengasas Silat Gayong |
| Tahun aktif | 1938–1991 |
| Parti politik | - |
| Anak-anak | 3 orang |
| Ibu bapa | Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al–Attas Uda Mohd Hashim bin Daeng Che Ngah |
| Keluarga | Mior dari Daeng, Syed |
Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim (17 Ogos 1915 - 23 Jun 1991) merupakan pengasas Silat Gayong Malaysia.
Beliau adalah cicit Daeng Kuning Panglima Hitam Taiping dari suku Bugis.
Bondanya bernama Sharifah Aluyah Syed Zainal Al–Attas. Hasil perkongsian hidup dengan Uda Mohd Hashim bin Daeng Che Ngah, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahmon ii dan Siti Saadiah. Meor Abdul Rahman mempunyai 3 orang saudara perempuan seibu dari perkahwinan bondanya yang terdahulu iaitu Alin, Putih dan Hendon
Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Asam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah Inggeris Kamunting, Ipoh Trade School seterusnya di Technical School di Ipoh sehingga tahun 1936.