Penjarahan

Penjarahan merujuk kepada tindakan mencuri, atau mengambil barang secara paksaan, di tengah-tengah krisis tentera, politik atau krisis sosial yang lain seperti perang, bencana alam (apabila undang-undang dan penguatkuasaan awam tidak berkesan buat sementara waktu), atau rusuhan. Hasil kutipan semua kegiatan ini boleh dihuraikan sebagai harta rampasan, barang curi, barang rampasan, rampasan, atau jarahan.

Semasa konflik bersenjata zaman moden, penjarahan dilarang mengikut undang-undang antarabangsa, dan merupakan jenayah perang.