Mencari Asal Usul (album Wings)
| Mencari Asal - Usul | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh Wings | ||||
| Dilancarkan pada | 1998 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | Rock, Hard Rock, Blues Rock, Heavy Metal | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | Fly Wings Sdn Bhd | |||
| Pengedar | BMG Music Sdn Bhd | |||
| Penerbit | Joe Wings | |||
| Penyusun | Wings | |||
| Kronologi Wings | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Mencari Asal - Usul merupakan album studio kelapan yang dihasilkan oleh kumpulan Wings. Untuk pembikinan album, Joe Wings menggalas tugas sebagai penerbit album dan Mus, Eddie, Black dan Peter Chong bertindak sebagai penolong penerbit. Proses rakaman dan mastering lagu dijalankan di Synchrosound Studio, Petaling Jaya oleh Peter Chong bersama penolong, John Leong dan Azahari Misbah. Antara lagu yang mendapat sambutan iaitu Sakit Bantal Empuk, Padamkan Lampu Tidurmu, Krisis Di Pertengahan Hidup, Hati Sulam Lain dan Bukan Kerana Matahari.