Menara Jam
34°23′48″N 64°30′58″E / 34.39667°N 64.51611°E
| Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
|---|---|
| Kriteria | Budaya: ii, iii, iv |
| Rujukan | 211 |
| Inskripsi | Sesi 2002 (ke-26 ) |
| Terancam | 2002- |
Menara Jam adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di barat Afghanistan. Ia terletak di daerah Shahrak, wilayah Ghor, di tebing Sungai Hari. Menara setinggi 65-meter ini dikelilingi oleh gunung-ganang yang mencapai sehingga 2,400 m. Menara Jam dibina pada tahun 1190-an, keseluruhannya oleh bata bakar. Ia terkenal kerana jalinan batanya yang rumit, kilauan hiasan jubinnya, jaluran kaligrafi selang-seli kufic dan naskhi, bentuk geometrik, dan surah-surah Al-Qur'an.
Menara ini mendapat pengiktrafan UNESCO sebagai suatu Tapak Warisan Dunia tahun 2002. Namun, tapak ini kurang terpelihara dan sering diancam bahaya daripada risiko banjir dan hakisan bawaan sungai-sungai sekitarnya dan gempa bumi, serta juga kegiatan haram manusia seperti perompakan.