Menara CN

Menara CN
منارا سي.عين
CN Tower
CN Tower merupakan struktur bebas ke-5 tertinggi di dunia.
EtimologiCanadian National Railway
Maklumat umum
StatusSiap
Jenispencerapan, telekomunikasi, tarikan, restoran
LokasiToronto, Ontario, Kanada
NegaraKanada
Koordinat43°38′33.91″N 79°23′13.73″W 
Pembinaan bermula1972
Disiapkan pada1976
Dirasmikan pada26 Jun 1976
PemilikCanada Lands Company (en) (1995–)
Maklumat ketinggian
Menara antena553.33 m (1,815.4 ka)
Bumbung457.2 m (1,500.0 ka)
Tingkat teratas446.5 m (1,464.9 ka)
Butiran teknikal
BahanKonkritkeluli
Bilangan tingkat147 (samaan)
Lif/mesin pengangkat6
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekJohn Andrews Architect
WZMH Architects
Anugerah/hadiah Guinness World Records (1976)
Maklumat lain
http://www.cntower.ca/
Rujukan
sunting · sunting di Wikidata

Menara CN ialah sebuah menara komunikasi dan pencerapan di Pusat Bandaraya Toronto, Ontario, Canada. Pada ketinggian 553.33 meter (1,815.4 ka), menara ini siap dibina pada tahun 1976 lalu menjadi struktur bebas tertinggi di dunia dan menara tertinggi di dunia ketika itu. Ia memegang kedua-dua rekod itu selama 34 tahun sehingga siapnya Burj Khalifa dan Menara Canton. Namun demikian, Menara CN kekal sebagai struktur bebas tertinggi di Hemisfera Barat, lambang utama latar langit Toronto, dan satu lambang negara Kanada yang menarik lebih dua juta pengunjung dari merata dunia setiap tahun.

Nama "CN" pada mulanya merujuk kepada syarikat keretapi Canadian National yang membina menara ini. Ekoran keputusan syarikat itu untuk melucutkan aset-aset kereta api pengangkut bukan terasnya sebelum diswastakan pada tahun 1995, hak milik menara ini diserahkan kepada Canada Lands Company, sebuah perbadanan Kerajaan yang bergiat sebagai pemaju hartanah. Memandangkan nama CN Tower sering digunakan dalam perbualan seharian, singkatannya berkembang menjadi Canadian National Tower atau Canada's National Tower, namun kedua-dua nama itu jarang sekali dipakai.

Pada tahun 1995, Menara CN dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia moden oleh Persatuan Jurutera Awam Amerika. Ia juga menduduki rangking kedua dalam Persekutuan Menara Agung Sedunia.