Melubangtenggelamkan armada Jerman di Scapa Flow

Melubangtenggelamkan armada Jerman di Scapa Flow

Kapal tempur Bayern karam pada bahagian buritan
Tarikh21 Jun 1919
Lokasi
Scapa Flow, Pulau Orkney, Scotland
58°53.5′N 3°11′W / 58.8917°N 3.183°W / 58.8917; -3.183
Keputusan Majoriti kapal tenggelam
Pihak yang terlibat
 United Kingdom  Empayar Jerman
Komandan dan pemimpin
Sydney Fremantle Ludwig von Reuter
Unit terlibat
Skuadron Tempur Pertama Armada Laut Lepas
Kerugian dan korban
Tiada
  • 9 terkorban
  • 16 cedera

Melubanggelamkan kapal armada Jerman telah berlaku di pangkalan Royal Navy di Scapa Flow, Scotland, selepas Perang Dunia I. Armada Laut Lepas telah ditahan disana dibawah syarat-syarat Peletakan Senjata sementara menunggu rundingan mengenai nasib kapal-kapal itu. Kerana takut kesemua kapal itu akan dirampas dan dibahagi-bahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu, Laksamana Ludwig von Reuter mengambil keputusan untuk melubangtenggelamkan armada tersebut.

Kerja-kerja melubanggelamkan ini telah dilakukan pada 21 Jun 1919. Campur tangan kapal-kapal pengawal British berjaya menolak sejumlah kapal ke pantai, tetapi 52 daripada 74 buah kapal tenggelam. Banyak bangkai kapal telah diselamatkan selepas dua dekad kemudian dan telah ditunda untuk disekerapkan. Kapal yang tinggal menjadi tempat penyelaman yang popular.