Orang Melayu Tamiang

Melayu Tamiang
ملايو تامياڠ
Kawasan ramai penduduk
Kabupaten Aceh Tamiang
Bahasa
Melayu, Indonesia, Aceh
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui

Orang Melayu Tamiang atau Suku Tamiang (Jawi: ملايو تامياڠ) adalah salah satu suku atau sub-etnik Melayu yang merupakan penduduk asli Kabupaten Aceh Tamiang. Mereka mempunyai kesamaan dialek dan bahasa dengan masyarakat Melayu yang tinggal di kabupaten Langkat, Sumatera Utara serta berbeza dengan masyarakat Aceh. Meski demikian mereka telah sekian abad menjadi bahagian di Aceh.

Dari segi kebudayaan, mereka juga sama dengan masyarakat Melayu pesisir timur Sumatera lainnya.