Melayu Cape
| ||||
| Jumlah penduduk | ||||
|---|---|---|---|---|
| 500,000+ | ||||
| Kawasan ramai penduduk | ||||
| Afrika Selatan Cape Barat, Gauteng, Cape Utara | ||||
| Bahasa | ||||
| Kini: Bahasa Afrikaans, Inggeris Afrika Selatan Terdahulunya: Melayu, Belanda, Ternate, Bugis dan lain-lain. | ||||
| Agama | ||||
| Majoriti: Islam Minoriti: Ateis, Agnostik, Kristian, Tiada Agama | ||||
| Kumpulan etnik berkaitan | ||||
| Melayu, Ternate, Afrika, Belanda, Berwarna, Bugis | ||||
Melayu Cape adalah komuniti atau kumpulan etnik Islam di Afrika Selatan. Mereka adalah keturunan dari orang Melayu dan beberapa etnik lain yang diperhamba dari merdeka dari negara-negara Asia lain. Mereka dibawa ke wilayah Cape Barat semasa pemerintahan Belanda dan British.
Mereka pada mulanya menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan bahasa pengajaran agama, dan ini adalah salah satu sebab yang berkemungkinan bahawa masyarakat itu masih dirujuk sebagai Melayu meski telah memiliki keturunan yang bercampur. Orang Melayu menyebar di kawasan Cape Town dan sekitarnya.
Masakan Melayu Cape membentuk bahagian penting dalam masakan Afrika Selatan, dan masyarakat memainkan peranan penting dalam sejarah Islam di Afrika Selatan. "Melayu" secara sah adalah subkategori kumpulan kaum Berwarna semasa era apartheid.