Orang Melayu Basemah

Orang Melayu Basemah
Jeme Besemah
ملايو بسماح
Adat resam bangsa Basemah
Jumlah penduduk
± 747,000
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia (Sumatera Selatan)
Kawasan pentadbiran
Pagar Alam746,000
Empat Lawang1,000
Bahasa
Agama

Orang Melayu Basemah (Basemah: Jeme Besemah) (juga dieja sebagai Pasemah, Pesemah, atau Besemah) Jawi: اورڠ ملايو بسماح ialah satu sub-etnik atau suku Melayu Indonesia yang mempunyai asal-usul daripada wilayah Basemah. Mereka juga mendiami kawasan berdekatan, seperti wilayah kota Pagaralam, kabupaten Empat Lawang, kabupaten Lahat, Ogan Komering Ulu Selatan, dan Muara Enim.Suku bangsa ini mempunyai lebih kurang 747,000 orang yang ramai duduk di negeri Sumatra Selatan di Indonesia. Suku bangsa ini juga banyak yang merantau ke daerah-daerah di provinsi Bengkulu. Suku Pasemah merupakan salah satu suku bangsa asli yang berasal dari wilayah Sumatera Selatan yang memiliki kerabatan dengan suku Melayu dan Komering yang juga sudah ratusan tahun tinggal di Sumatera Selatan.