Melankolia

Melankolia [mé.lan.ko.li.a] (dari bahasa Yunani μελαγχολία - '"kesedihan", secara harafiahnya "hempedu hitam") adalah kecelaruan mood perasaan tertekan yang tidak khusus, dicirikan dengan murung dan kelesuan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti. Ia adalah kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.