Medan Kemerdekaan

Medan Kemerdekaan (Bahasa Ukraine: Майдан Незалежності Maidan Nezalezhnosti [maɪ̯dˈan nezal'ɛʒnosci], juga disingkatkan kepada Майдан Maidan "Medan") adalah dataran terletak di tengah Lebuh Palang (Хрещатик Khreshchatyk) merentasi timur laut ke barat daya Kyiv, ibu kota Ukraina.

Semenjak bermulanya pergerakan kemerdekaan Ukraina pada tahun 1990, dataran atau medan in telah menyaksikan penggiatan politik, termasuk empat demonstrasi berskala besar: "Revolusi di Granit" oleh mahasiswa pada tahun 1989, "Ukraina tanpa Kuchma" pada tahun 2001, Revolusi Jingga pada tahun 2004, dan Euromaidan pada tahun 2014. Malah, Medan ini merupakan tempat mengadakan temasya kebangsaan besar seperti acara penanaman pokok Krismas besar, perayaan Hari Kemerdekaan Ukraina dan Hari Penubuhan Kota Kyiv.