Mayangsari
Mayangsari | |
|---|---|
| Kelahiran | Agustina Mayangsari 23 Ogos 1971 Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia |
| Warganegara | Indonesia |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Penulis lagu |
| Pasangan | Bambang Trihatmodjo (k. 2011) |
| Anak-anak | 1 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, Rock |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman |
|
Agustina Mayangsari atau lebih dikenali sebagai Mayangsari (lahir di Purwokerto, 23 Ogos 1971; umur 54 tahun) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, dan pelakon Indonesia yang dikenali dengan lagunya seperti "Harus Malam Ini" dan "Tiada Lagi". Selain menyanyi, Mayangsari juga memiliki kemampuan nyinden atau menyanyikan lagu-lagu Jawa.
Darah seni diwarisi dari kedua ibu bapanya. Ayahnya, Ki Dalang Sugito Purbocarito, ialah dalang sedangkan ibunya, Larasatun yang memiliki nama panggilan Nyi Woro Cengkir Gading ialah pesinden.
Mayangsari yang terkenal di era 1990 an, membuat berita heboh pada tahun 2000 an kerana digosipkan dekat dengan putera mantan presiden RI Suharto, Bambang Trihatmodjo yang telah berkahwin dengan Halimah Agustina Kamil. Kemudian diketahui Mayangsari ternyata telah berkahwin siri dengan Bambang dan memiliki seorang puteri, Khirani Siti Hartina Trihatmodjo.