Matteo Salvini
Matteo Salvini | |
|---|---|
| Naib Perdana Menteri Itali | |
| Menyandang jawatan 1 Jun 2018 Berkhidmat with Luigi Di Maio | |
| Perdana Menteri | Giuseppe Conte |
| Didahului oleh | Angelino Alfano (2014) |
| Menteri Dalam Negeri Itali | |
| Menyandang jawatan 1 Jun 2018 | |
| Perdana Menteri | Giuseppe Conte |
| Didahului oleh | Marco Minniti |
| Setiausaha Persekutuan Lega Nord | |
| Menyandang jawatan 15 Disember 2013 | |
| Didahului oleh | Roberto Maroni |
| Ahli Senat Republik | |
| Menyandang jawatan 23 Mac 2018 | |
| Kawasan pilihan raya | Calabria |
| Ahli Parlimen Eropah | |
| Dalam jawatan 14 Julai 2009 – 22 Mac 2018 | |
| Kawasan pilihan raya | Itali Barat Laut |
| Dalam jawatan 20 Julai 2004 – 7 November 2006 | |
| Kawasan pilihan raya | Itali Barat Laut |
| Ahli Dewan Perwakilan Itali | |
| Dalam jawatan 29 April 2008 – 13 Julai 2009 | |
| Kawasan pilihan raya | Lombardy 1 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 9 Mac 1973 Milan, Itali |
| Parti politik | Lega Nord |
| Gabungan politik lain | Noi con Salvini (2014–kini) |
| Pasangan | Fabrizia Ieluzzi (k. 2003; c. 2010) |
| Pasangan Serumah | Elisa Isoardi (2015–2018) |
| Anak | 2 |
| Tandatangan | |
| Laman web | Official website |
Matteo Salvini [mat-té-o sal-vi-ni] (lahir 9 Mac 1973) adalah seorang ahli politik dari Itali yang berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Itali sejak 1 Jun 2018; beliau menganggotai Senat Itali sejak Mac 2018. Beliau sebelum ini menjadi ahli Parlimen Eropah mewakili kawasan Itali Barat Laut dari tahun 2004 hingga 2018.
Beliau merupakan antara orang kuat berpengaruh dalam gerakan populisme dalam Eropah yang didirikan sebagai bantahan kepada campur tangan antara institusi pemerintah benua tersebut terhadap negara-negara anggota, serta turut dikatikan dengan pergerakan neo-nasionalisme - suatu fahaman politik berhaluan kanan jauh yang memperjuangkan faham perlindungan dan anti-globalisasi.