Matlamat Pembangunan Milenium

Matlamat Pembangunan Milenium adalah lapan matlamat yang dipersetujui oleh 192 buah negara ahli PBB untuk dicapai menjelang tahun 2015.

Matlamat Pembangunan Milenium terbit dari "matlamat pembangunan antarabangsa" Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi OECD, dan secara rasminya diasaskan pada Kemuncak Milenium pada 2000, yang disertai 189 pemimpin dunia yang menggunapakai Perisytiharan Milenium Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan di situ pelan tindakan lapan matlamat telah diperkenalkan.