Matematik pengiraan
Matematik pengiraan ialah satu cabang utama matematik yang mengaplikasikan penyelidikan matematik dalam bidang-bidang sains di mana pengiraan memainkan peranan yang asas dan utama, yang menekankan penggunaan algoritma, kaedah berangka dan kaedah simbolik. Pengiraan adalah satu aspek utama dalam penyelidikan. Matematik pengiraan muncul sebagai bahagian berasingan dari matematik gunaan sejak tahun 1950an. Kini, matematik pengiraan boleh merujuk kepada atau termasuk:
- Sains pengiraan, juga dikenali sebagai pengiraan saintifik atau kejuruteraan pengiraan
- Penyelesaian masalah matematik dengan simulasi komputer berbanding kaedah analisis matematik gunaan
- Kaedah berangka yang digunakan dalam pengiraan saintifik, contohnya algebra linear berangka dan penyelesaian berangka untuk persamaan pembezaan separa
- Kaedah-kaedah Stokastik, seperti kaedah Monte Carlo dan perwakilan lain untuk ketidakpastian dalam pengiraan saintifik, contohnya elemen terhingga stokastik.
- Matematik untuk pengiraan saintifik (sisi bersifat teori yang melibatkan bukti matematik), khususnya analisis berangka
- Pengiraan simbolik dan sistem algebra komputer
- Penyelidikan bantuan komputer dalam pelbagai bidang matematik seperti logik (pembuktian teorem automatik), matematik diskret (pencarian untuk struktur matematik seperti kumpulan), teori nombor (pengujian keprimalan dan pemfaktoran), kriptografi, dan topologi algebra pengiraan.
- Linguistik pengiraan, penggunaan teknik matematik dan komputer dalam bahasa-bahasa sejadi.
- Geometri pengiraan
- Topologi pengiraan
- Teori nombor pengiraan
- Teori maklumat algoritma
- Teori permainan algoritma