Mat Dan
Mat Dan | |
|---|---|
| Kelahiran | Daniel James Tyler 18 Oktober 1989 |
| Warganegara | United Kingdom |
| Nama lain | Mohammad Kareef Daniel Abdullah |
| Pendidikan |
|
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Majikan |
|
| Terkenal kerana | Pengunaan bahasa Melayu dialek Terengganu oleh orang Inggeris |
Karya terkenal |
|
| Pasangan | Nadifa Adnan (k. 2017) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu | Nicola Tyler |
| Bapa | Kevin Tyler |
| Saudara | Will Tyler (saudara kandung) |
Mohammad Kareef Daniel Abdullah (lahir Daniel James Tyler, 18 Oktober 1989) atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang pengembara Inggeris dan pengacara TV yang berwarganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Pada tahun 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Mohammad Kareef Daniel Abdullah.
Beliau dikenali kerana kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik. Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers - Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.