Masya Masyitah
Masya Masyitah | |
|---|---|
| Nama lahir | Siti Nurmasyitah binti Mohd Yusoff |
| Kelahiran | 19 Januari 2000 Kulim, Kedah, Malaysia |
| Genre | |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2009–2023 |
| Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
| Kegiatan berkaitan | Jeryl Lee, Iqbal Iqnada, Ara Johari, Putera Muhammad, Sufi Rashid |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff (lahir 19 Januari 2000) atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada 2014. Selain itu, beliau juga ialah naib juara Bintang Kecil anjuran RTM. Masya merakamkan single sulungnya, "Teman Bintang" pada 2014, namun paling dikenali menerusi lagu "Halimunan" (2018). Pada tahun 2020, beliau dinobatkan sebagai juara Yippi Star Quest 2020 dengan menewaskan 3000 peserta seluruh Asia.