Mastodon (perisian)

Mastodon
Pembuat asalEugen Rochko
PembangunMastodon gGmbH
Pelancaran pertama16 Mac 2016
Versi terkini/stabil
4.4.5 (23 September 2025)
Ditulis dalamRuby on RailsReactNode.js
Sistem pengendalianala UNIX
Tersedia dalamBerbilang bahasabahasa Inggerisbahasa Jermanbahasa Ukrainebahasa Perancisbahasa Sepanyolbahasa Portugisbahasa Esperantobahasa Jepunbahasa Rusiabahasa BelandaSimplified Chinesebahasa Hungarybahasa Finlandbahasa CatalanBahasa CorsicaBahasa Galiciabahasa Greekbahasa Polandbahasa Icelandbahasa Parsibahasa WalesCina Tradisionalbahasa Arab
JenisPerisian bebas dan sumber terbukaprojek
LesenLesen Awam Am GNU Affero, versi 3.0
Pautan berkaitan
Tapak webjoinmastodon.org
Blog
Repositorigithub.com/mastodon/mastodon
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Mastodon adalah perisian khidmat rangkaian sosial bersumber terbuka dan bebas yang swarumah. Ia memiliki ciri mikroblog mirip infrastruktur Twitter yang ditawarkan oleh sejumlah besar pelayan Mastodon yang dijalankan secara mandiri melalui titik-titik sambung dikelola dengan aturan tatalaku, kawalan edaran kandungan dan ketentuan penggunaan yang tersendiri.

Setiap pengguna menganggotai pelayan Mastodon tertentu yang dapat beroperasi sebagai suatu rangkaian sosial tergabung yang memungkinkan ramai pengguna selayanan berbeza saling berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini bertujuan memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih pelayan yang berdasar disukai, tetapi tetap memiliki ketercapaian ke rangkaian sosial yang lebih besar. Hal itu bertujuan agar khidmat/layanan sosial bersifat dinyahpusatkan. Mastodon termasuk bagian dari alam sepusat khidmat Fediverse yang menggunakan protokol bersama yang memungkinkan pengguna juga berinteraksi dengan pengguna di platform lain yang sepadan, seperti Pixelfed, PeerTube dan Friendica.

Pesanan yang dikirimkan dalam khidmat media sosial ini dikenal sebagai toot ("tiupan [trompet]" - bandingkan demgan kiriman di pelantar Twitter disebut "kicauan" atau "ciapan", tweets).