Maskan

Mishkan (Ibrani: מִשְׁכַּן, rumi: mīshkān, lit.'kediaman' seturunan Semitik Arab: مَسْكَن‎, rumi: maskan "kediaman...tempat tinggal" terbitan kata kerja سَكَنَ‎sakana "tinggal; menetap") atau tabernakel (serapan Belanda dari bahasa Latin tabernaculum) ialah sejenis khemah/tenda yang dibina Nabi Musa dan Bani Israel sebagai tempat ibadah mudah alih sepanjang perantauan mereka susulan melepaskan diri daripada diekori Firaun (yakni "Khemah Pertemuan") sehingga hingga zaman para Hakim diceritakan menakluk negeri Kanaan.

Unsur-unsurnya binaan ini diterapkan dalam Haikal Sulaiman didirikan di Yerusalem sekitar abad ke-10 SM yang turut ditiru setiap sinagog dibina sebagai asas: suatu ruang titik tumpu menghadap arah timur yang menempatkan tabut (Ibrani: אֲרוֹן קֹדֶשׁ, rumi: aron kodesh "para kudus") diisi gulungan-gulungan Taurat bertulis Sepuluh Rukun dengan sebuah pelantar tapak (Ibrani: בִּימָה, rumi: bimah) di mana ayat harian kitab Taurat dibacakan. Istilah-istilah ini turut diungkapkan lanjut dalam agama Kristian untuk peti simpan barangan suci yang dijamukan dalam upacara Misa yang dikatakan melambangkan jiwa raga Yesus.