Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
مسجد سلطان صلاح الدين عبدالعزيز
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dari Taman Tasik Shah Alam.
Ditunjukkan dalam Malaysia
Info asas
LokasiShah Alam, Selangor, Malaysia
Koordinat geografi3°04′41″N 101°31′16″E / 3.078°N 101.521°E / 3.078; 101.521
AgamaIslam
Cabang/MazhabMazhab Syafii Sunni
NegaraMalaysia
Penerangan seni bina
ArkitekDato Baharuddin Abu Kassim
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaIslamik, Melayu
Disiapkan pada1988
Spesifikasi
Kapasiti24,000
Tinggi kubah (luaran)106.7 m (350 ka)
Lebar kubah (luaran)51.2 m (168 ka)
Bil. menara masjid4
Tinggi menara masjid142.3 m (467 ka)
Bahan binaanBesi, keluli, aluminium, panel keluli bersalut enamel berkaca, kayu, kaca, jubin seramik

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Jawi: مسجد سلطان صلاح الدين عبد العزيز) ialah sebuah masjid di Malaysia. Masjid ini bertaraf masjid negeri bagi Selangor. Ia mula dibuka pada pada 11 Mac 1988 dan dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masjid ini adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.Ia dikenali juga sebagai Masjid Biru.