Masjid Sultan Ahmed
| Masjid Biru/ Masjid Sultan Ahmad | |
|---|---|
| Info asas | |
| Lokasi | Istanbul, Turki |
| Koordinat geografi | 41°00′20″N 28°58′39″E / 41.005483°N 28.977385°E |
| Agama | Sunni Islam |
| Negara | Turki |
| Penerangan seni bina | |
| Arkitek | Sedefkâr Mehmed Ağa |
| Jenis seni bina | Masjid |
| Gaya seni bina | Islam, Utmaniyyah Klasik Akhir |
| Disiapkan pada | 1616 |
| Spesifikasi | |
| Kapasiti | 10,000 |
| Panjang | 73 m (240 ka) |
| Lebar | 65 m (213 ka) |
| Tinggi kubah (luaran) | 43 m (141 ka) |
| Lebar kubah (dalaman) | 23.50 m (77.1 ka) |
| Bil. menara masjid | 6 |
| Tinggi menara masjid | 64 m (210 ka) |
Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) ialah masjid bersejarah di Istanbul, bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti kebanyakan masjid lain, ia mengandungi sebuah kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.