Masjid Kowloon

Masjid dan Pusat Islam Kowloon
九龍清真寺暨伊斯蘭中心
Bangunan Masjid Kowloon
Info asas
Lokasi105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
AgamaSunni
PerbandaranKowloon
NegaraRepublik Rakyat China
Laman webkowloonmosque.com
Penerangan seni bina
ArkitekI. M. Kadri
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaIslam
Disiapkan pada1896 (bangunan asal)
11 Mei 1984 (bangunan kini)
Kos pembinaanHK$25 juta
Spesifikasi
Kapasiti3,500 orang
Bil. kubah1
Tinggi kubah (luaran)9 meter
Lebar kubah (luaran)5 meter
Bil. menara masjid4
Tinggi menara masjid11 meter

Masjid dan Pusat Islam Kowloon atau Masjid Kowloon ialah salah sebuah masjid utama di Hong Kong. Setakat ini, masjid ini ialah masjid terbesar di Hong Kong dengan jumlah muatan jemaah sebanyak kira-kira 3,500 orang.

Masjid ini lazimnya digunakan oleh golongan Muslim dari Asia Selatan dan Indonesia. Kebanyakan daripada mereka menetap di Tsim Sha Tsui yang merupakan petempatan golongan minoriti. Oleh itu, masjid ini menjadi pusat budaya penting dalam kalangan Muslim bukan Cina di Hong Kong.