Masjid Khalid bin al-Walid (Homs)

Masjid Khalid ibn al-Walid
مسجد خالد ابن الوليد
Masjid Khalid bin al-Walid
Info asas
Lokasi Syria
AgamaIslam
NegeriSyria
WilayahLevant
NegaraSyria
Tahun ditahbiskan1908-1913
StatusAktif
(Mengalami kerosakan akibat perang saudara Syria)
PemimpinEmpayar Uthmaniyyah
Penerangan seni bina
ArkitekAbdallah Ulsun
Jenis seni binaSeni bina Turki
Gaya seni binaSeni bina Uthmaniyyah
Disiapkan padaAbad ke-20
Spesifikasi
Bil. kubahSatu besar dan sembilan kecil
Bil. menara masjid2
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox religious building dengan parameter "latitude" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox religious building dengan parameter "longitude" yang tidak diketahui

Masjid Khalid ibn al-Walid (Arab: مسجد خالد ابن الوليد) ialah masjid di Homs, Syria, terletak di sebuah taman di Jalan Hama, Medan ash-Shuhada. Terkenal dengan gaya seni bina Uthmaniyyah, masjid ini dinamakan sempena Khalid bin al-Walid, seorang Sahabat dan panglima tentera Islam yang mengetuai penaklukan Syria pada abad ke-7 M berikutan Pertempuran Yarmuk yang mengakhiri pemerintahan Byzantine di Syria. Makam berkubah Khalid bin al-Walid terletak di sebuah penjuru dewan solat dan sering dizirahi. Dua menara tinggi dan sempit yang dibina dengan baris mendatar batu berwarna hitam dan putih bersilih ganti terletak di sudut barat laut dan timur laut masjid, melambangkan gaya seni bina Islam tradisional wilayah Levant.

Semenjak Julai 2011, Masjid Khalid bin al-Walid menjadi pusat para pemberontak dalam Perang saudara Syria tetapi ditinggalkan pada 27 Julai 2013. Kerajaan Syria menyerang & merosakkan makam Khalid di dalam masjid. Berikutan pengembalian semula oleh kerajaan Syria, media kerajaan Syria telah menunjukkan kerosakan teruk di dalam masjid, termasuk beberapa bahagian telah dibakar, dan pintu kubur itu dimusnahkan.