Masjid Jamek, Kuala Lumpur
| Masjid Jamek Kuala Lumpur مسجد جامع كوالا لومڤور | |
|---|---|
Masjid Jamek di Kuala Lumpur | |
| Maklumat am | |
| Dibuka pada | 1909 |
| Maklumat pentadbiran | |
| Dimiliki oleh | Majlis Islam Kuala Lumpur |
| Maklumat geografi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
| Koordinat | 3°08′56″N 101°41′44″E / 3.148856°N 101.695627°E |
| Maklumat pembinaan | |
| Bil. tingkat | 1 |
| Bahan binaan | Simen, konkrit |
sunting | |
Masjid Jamek Kuala Lumpur (Jawi: مسجد جامع كوالا لومڤور) atau nama rasmi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad (Jawi: مسجد جامع سلطان عبد الصمد) ialah sebuah masjid jamik di Kuala Lumpur. Pada asalnya terdapat Masjid Kg Rawa (dibina sekitar tahun 1873) bersebelahan tapak Masjid Jamek ini, tetapi ia terletak di seberang sungai Kelang. Tapak Masjid Jamek sebenarnya ialah sebuah tanah perkuburan. Kubur-kubur lama itu telah dipindahkan dan Masjid Jamek dibina diatasnya. Usai pembinaan Masjid Jamek, Masjid lama Kg Rawa dirobohkan. Masjid Jamek terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan Stesen LRT Masjid Jamek merupakan stesen untuk LRT Laluan Seri Petaling dan LRT Laluan Kelana Jaya. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.