Masjid Babri

Masjid Babri
Masjid-i-Janmasthan
Gambar abad ke-19 oleh Samuel Bourne
Lokasi di India
Info asas
LokasiAyodhya, Uttar Pradesh, India
Koordinat geografi26°47′44″N 82°11′40″E / 26.7956°N 82.1945°E / 26.7956; 82.1945
AgamaIslam
NegaraIndia, Raj British, Empayar Mughal
Penerangan seni bina
Gaya seni binaTughlaq
Disiapkan pada1528–29
Diruntuhkan pada1992

Masjid Babri (Hindi: बाबरी मस्जिद, Urdu: بابری مسجد‎) atau Masjid Babur ialah sebuah masjid bersejarah yang terletak di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16. Pada mulanya masjid ini dinamakan Masjid-i Janmasthan. Ia dimusnahkan pada tahun 1992 apabila perhimpunan politik 150,000 orang bertukar menjadi rusuhan. Bangunan ini terletak di atas bukit Ramkot dan ia masjid terbesar di Uttar Pradesh. Masjid lain di Ayodhya ialah Masjid Hazrat Bal yang dibina oleh Raja Shariqi.