Masjid Al-Muttaqin, Singapura

مسجد المتقين
Masjid Al-Muttaqin
Maklumat am
Dibuka pada1980
Maklumat geografi
Lokasi5140 Ang Mo Kio Avenue 6
Singapura 569844
Koordinat1°22′14″N 103°50′45″E / 1.370461°N 103.845756°E / 1.370461; 103.845756
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah4,000
Lokasi

sunting

Masjid Al-Muttaqin ialah sebuah masjid di Singapura.

Masjid ini merupakan masjid kelima yang dibina di bawah program Dana Pembinaan Masjid (Fasa I). Majlis pecah tanah dirasmikan oleh Syed Ali Reḍha Alsagoff, pengerusi Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) pada 29 April 29 1979 dan bangunan masjid dibuka secara rasmi pada 2 September 1980 oleh Raḥmat Kenap, (Anggota Parlimen Geylang Serai). 'Al-Muttaqin' ditakrifkan sebagai orang yang bertaqwa atau orang yang memelihara diri dengan menjalankan semua perintah-perintah Allah dan menjauhi semua larangan-larangan-Nya.

Masjid ini terletak di kawasan Ang Mo Kio dan memenuhi keperluan penduduk-penduduk estet perumahan di sana. Selain menjadi tempat beribadah, masjid ini juga mempunyai sebuah klinik kebajikan homeopati. Masjid ini juga menawarkan kelas-kelas madrasah, tadika, kursus bimbingan rumahtangga dan kursus bimbingan ḥaji.

Masjid Al–Muttaqin dibina pada 1980 dan memakan belanja S$1.83 juta. Dari 1987 dan 1988, sebuah aras baharu telah dibina untuk menampung kelas-kelas tadika.