Masjid Al-Azim, Bukit Palah
| Masjid Al-Azim | |
|---|---|
Masjid Al-Azim, Bukit Palah | |
| Maklumat pentadbiran | |
| Imam | 2013 (Imam Besar) 2013 (Timb. Imam Besar) 2013 |
| Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-MT-00001 |
| Maklumat geografi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Melaka |
| Daerah | Melaka Tengah |
| Lokasi | Masjid Al-Azim, Kompleks Al-Azim Fasa II, Bukit Palah, 75150 Melaka. |
| Koordinat | 2°12′56″N 102°15′44″E / 2.215478°N 102.262291°E |
sunting | |
Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.
Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.