Masjid Agung Gaza
| Masjid Agung Gaza (Masjid Agung Umar) | |
|---|---|
Laman dan menara masjid. Gambar diambil oleh Mohammed Alafrangi, 2007 | |
| Info asas | |
| Lokasi | Jalan Omar Mukhtar, al-Daraj, Genting Gaza |
| Koordinat geografi | 31°30′15.13″N 34°27′52.08″E / 31.5042028°N 34.4644667°E |
| Agama | Islam |
| Daerah | Gaza Governorate |
| Wilayah | Genting Gaza |
| Rantau | Levant |
| Negara | Negara Palestin |
| Status | Aktif |
| Laman web | http://www.baladna.ps/omari.htm |
| Penerangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Masjid |
| Gaya seni bina | Mamluk, Goth Itali |
| Disiapkan pada | 1340 M, kemudian awal abad ke-16 (masjid asal siap dibina dalam abad ke-7 M) |
| Spesifikasi | |
| Bil. menara masjid | 1 |
| Bahan binaan | Batu pasir (binaan luar), marmar dan jubin plaster (pintu masuk dan binaaan dalaman), kayu pokok zaitun |
Masjid Agung Gaza (Arab: جامع غزة الكبير, transliterasi: Jāmaʿ Ghazza al-Kabīr) juga dikenali sebagai Masjid Agung Umar (Arab: المسجد العمري الكبير, transliterasi: Jāmaʿ al-ʿUmarī al-Kabīr) ialah masjid yang terbesar dan tertua di Genting Gaza. Ia terletak di daerah kota lama Gaza.
Masjid ini dipercayai dibina di atas tapak kuil Philistine, tapak yang digunakan oleh Empayar Byzantine untuk membina sebuah gereja dalam abad ke-5 M, akan tetapi selepas penaklukan Muslim dalam abad ke-7, ia diubah menjadi sebuah masjid. Dikatakan sebagai "indah" oleh seorang ahli geografi Arab dalam abad ke-10, menara Masjid Agung tumbang semasa sebuah gempa bumi dalam tahun 1033. Dalam tahun 1149 M, tentera Salibi membina sebuah katedral yang ditahbiskan kepada John Pembaptis, tetapi sebahagian besar dimusnahkan oleh Wangsa Ayubiyyah dalam tahun 1187 M, dan kemudiannya dibina semula sebagai masjid oleh Mamluk dalam awal abad ke-13. Ia dimusnahkan semula dalam tahun 1260 oleh Mongol, dan kemudian dibina semula hanya untuk dimusnahkan dalam sebuah gempa bumi pada akhir abad tersebut.
Masjid Agung akhirnya dipulihkan semula oleh Uthmaniyah lebih kurang 300 tahun kemudian. Masjid ini mengalami kerosakan teruk semasa pengeboman British dalam Perang Dunia Pertama dan dipulihkan dalam tahun 1925 oleh Majlis Muslim Tertinggi.
Masjid Agung Gaza masih aktif dan menjadi tempat solat Jumaat, sehinggalah ia hampir musnah kesemuanya ekoran tindakan tentera Israel pada 2 Ogos 2014 semasa Operasi ''Protective Edge'', sebahagian daripada Konflik Israel–Gaza 2014.