Masakan Mongolia
Masakan Mongolia kebanyakannya terdiri daripada produk tenusu, daging, dan lemak haiwan. Hidangan yang paling khas dari negara ini ialah masakan dari daging kambing. Di bandar seperti Ulaanbaatar dan Chinggis City, dumpling berisi daging kambing —" buuz "— cukup popular.
Iklim benua Mongolia yang keras dan kepadatan penduduk terendah di dunia iaitu hanya 2.2 penduduk/km2 telah mempengaruhi diet tradisional masyarakat ini. Penggunaan sayur-sayuran dan rempah adalah terhad kerana tanaman sulit tumbuh. Oleh kerana kedekatan geografi dan hubungan bersejarah, masakan Mongolia banyak dipengaruhi oleh masakan Cina, Iran dan Rusia.
Mongolia hanya satu-satunya negara di Asia Timur, yang mana nasi bukan makanan utama sehari-hari. Gandum dan barli lebih dominan dalam masakan Mongolia moden.