Masakan Afghanistan

Masakan Afghanistan (Jawi: ماسقن افغانستان; Dari: آشپزی افغانستان, Pashto: د افغانستان خواړه) merupakan sebahagian besar didasarkan pada tanaman utama negara, seperti gandum, jagung, barli dan beras. Keistimewaan masakan negara tersebut menggambarkan kepelbagaian etnik. Afghanistan terkenal dengan buah delima, anggur, dan tembikai yang berkualiti tinggi. Hidangan kebangsaan Afghanistan adalah Kabuli palaw.