Masahiro Sakurai

Masahiro Sakurai
桜井 政博
Kelahiran (1970-08-03) 3 Ogos 1970
Pekerjaan
Karya
Siri Kirby
Siri Super Smash Bros.
PasanganMichiko Sakurai

Masahiro Sakurai (桜井 政博, Sakurai Masahiro, dilahirkan 3 Ogos, 1970) adalah seorang pengarah permainan dan pereka permainan, dikenali sebagai pencipta siri Kirby dan Super Smash Bros. Selain kerjanya pada siri-siri tersebut, dia juga mengetuai reka bentuk Meteos pada 2005 dan mengarah Kid Icarus: Uprising pada 2012. Seorang bekas pekerja HAL Laboratory, dia mengasas Sora Ltd. pada 2005, sebuah syarikat yang dia masih mengetuai. Dia juga seorang pengarang kepada sebuah lajur mingguan untuk majalah Famitsu, dan telah melakukan kerja lakonan suara untuk beberapa permainannya.