Masa lampau
Masa lampau/silam merujuk kepada segala peristiwa yang telah berlaku; yakni sebelum suatu titik masa. Masa lampau adalah bertentangan dengan kini serta masa depan. Konsep masa lampau terbit daripada gaya manusia melihat masa secara linear, dan dicapai melalui ingatan. Di samping itu, manusia telah mencatat peristiwa-peristiwa lampau sejak kemunculan bahasa bertulis. Pelbagai bidang akademik mengkaji tentang peristiwa-peristiwa lampau, termasuk sejarah, arkeologi, paleontologi dan etimologi.