Mas Selamat bin Kastari

Mas Selamat
Gambar diambil dari fail Interpol
Kelahiran
Mas Selamat bin Kastari

(1961-01-23) 23 Januari 1961
StatusMasih ditahan oleh Polis Diraja Malaysia
PekerjaanBekas mekanik bas, ketua Jemaah Islamiah, Singapura
Anak-anakLima
Pertuduhan jenayahTiada

Mas Selamat bin Kastari (lahir 23 Januari 1961) ialah seorang pengganas rakyat Singapura, dikatakan pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah yang beroperasi di negara Kota Singa. Perisikan polis Singapura menyatakan Mas Selamat menjadi dalang untuk menawan sebuah kapal terbang di Bangkok dan merempuh Lapangan Terbang Changi Singapura.

Dia dilaporkan pernah menemui pemimpin tertinggi JI Asia Tenggara iaitu Hambali dan membincangkan pelbagai rancangan untuk melancarkan serangan termasuklah merampas sebuah kapal terbang di Bangkok sebelum menghempaskan pesawat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura. Mas Selamat berjaya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan beberapa peristiwa pengeboman pada 2001 dan 2002. Dia telah menukar identiti dengan menggunakan nama Edy Heriyanto.