Mary-Kate & Ashley Olsen

Mary-Kate & Ashley Olsen
Ashley (kanan) dan Mary-Kate (kiri) di Festival Filem Tribeca 2011.
Kelahiran
Mary-Kate Olsen
Ashley Fuller Olsen

(1986-06-13) 13 Jun 1986
PekerjaanPelakon, pereka fesyen
Tahun aktifAshley:
1987–2004 (pelakon)
Mary-Kate:
1987–2012 (pelakon)
Kedua-duanya:
2004–kini (pereka fesyen)

Mary Kate dan Ashley Olsen (lahir 13 Jun 1986) juga dikenali sebagai kembar Olsen, ialah pasangan pelakon Hollywood dan juga pereka fesyen, berbintang Gemini, yang mula mendapat perhatian di zaman kanak-kanak menerusi rancangan televisyen Full House. Walaupun kelihatan serupa, mereka adalah kembar tidak seiras.

Mary-Kate dan Ashley mencapai populariti di pasaran remaja semasa akhir 1990-an dan 2000-an dan membintangi beberapa filem dan video. Jenama Mary Kate dan Ashley dapat dilihat di dalam produk seperti pakaian, kasut, dompet, topi, buku-buku, CD, kaset, wangian, solekan, majalah, video, permainan, poster, kalendar, telefon, dan sebagainya, yang dipasarkan untuk demografi “tween”.

Sejak mereka meningkat dewasa, mereka menunjukkan minat yang lebih mendalam dalam pilihan fesyen mereka; The New York Times menyatakan bahawa Mary Kate telah menjadi ikon fesyen mereka kerana memperkenalkan gaya fesyen “homeless”. Gaya fesyen tersebut, yang sering dirujuk oleh wartawan fesyen sebagai “ashcan” atau “bohemian bourgeois” kelihatan serupa dengan fesyen boho-chic yang dipopularkan oleh Kate Moss dan Sienna Miller.