Marvin Gaye

Marvin Gaye
Gaye pada 1973
Maklumat latar belakang
Nama lahirMarvin Pentz Gay, Jr.
Juga dikenali
sebagai
MarvinPentz
Kelahiran(1939-04-02)2 April 1939
Washington, D.C., Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
Meninggal dunia1 April 1984(1984-04-01) (umur 44)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Genre
PekerjaanPenyanyi, penyanyi-penggubah lagu, pemain piano dan penulis lagu
Alat muzikSuara, piano, dram, Alat perkusi dan Klarinet
Tahun aktif1959–1984
DiskografiLihat: Marvin Gaye discography (en)
Syarikat rakamanMotown
Columbia Records
Anggota bagiThe Funk Brothers
Kegiatan berkaitan
  • Harvey Fuqua
  • Mary Wells
  • Kim Weston
  • Tammi Terrell
  • Diana Ross
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriAnna Gordy Gaye (en)
AnakNona Gaye (mul)
Marvin Gaye III (en)
IbuAlberta Gay (en)
BapaMarvin Gay Sr. (en)
Adik-beradikFrankie Gaye (en)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangmarvingaye.net
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Marvin Gaye (lahir Marvin Pentz Gay Jr; 2 April 1939–1 April 1984) ialah penyanyi, penulis lagu, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Gaye sebagai pemuzik yang banyak berpengaruh terhadap gaya muzik ala Motown pada dekad 1960-an, sebagai sesionis Motown, dan kemudian sebagai pemuzik solo dengan serangkaian hit, mendapat jolokan "Putera Motown" dan "Putera Muzik Soul".

Lagu-lagu Gaye dalam genre Motown termasuk "Ain't That Peculiar", "How Sweet It Is (To Be Loved By You)", dan "I Heard It Through the Grapevine", serta rakaman duet bersama Mary Wells, Kim Weston, Diana Ross, dan Tammi Terrell. Sepanjang tahun 1970-an, beliau merakamkan album What's Going On dan Let's Get It On dan menjadi salah satu artis ternama pertama di Motown, bersama dengan Stevie Wonder, yang tidak bergantung sepenuhnya oleh Motown. Rakamannya kemudian mempengaruhi beberapa subgenre R&B kontemporari, seperti quiet storm dan neo soul. Selepas berada di Eropah sebagai pengasingan cukai pada awal tahun 1980-an, Gaye melancarkan lagu hit 1982 "Sexual Healing", yang memenangi Anugerah Grammy pertamanya, dan album induknya Midnight Love. Penampilan terakhir Gaye di televisyen dalam All-Star Game NBA 1983, di mana beliau menyanyikan "The Star-Spangled Banner", Motown 25: Yesterday, Today, Forever dan Soul Train yang merupakan penampilan ketiga dan terakhirnya.

Pada 1 April 1984, Marvin Gaye dibunuh oleh bapanya, Marvin Gay Sr. Bapanya menembak anaknya dengan cara menggunakan pistol dari jarak dekat, di rumah mereka di daerah West Adams, Los Angeles. Sejak kematiannya, banyak institusi telah memberikan Gaye secara anumerta dengan anugerah lainnya termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy, dan menjadi ahli abadi Rhythm and Blues Music Hall of Fame, Songwriters Hall of Fame, dan Rock and Roll Hall of Fame.