Martin Vengadesan
Martin Vengadesan ialah seorang penulis dan pemuzik dari Malaysia. Beliau bekas pengarang di surat khabar The Star (Malaysia) dan portal berita Malaysiakini.
Kini beliau kerja di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan melalukan kerja komunikasi strategik untuk Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Anak kepada bekas duta besar Dato’ Ramanathan Vengadesan, beliau dilahirkan di Helsinki, Finland pada 3 Mei, 1973 dan dibesarkan di sembilan negara merentasi empat benua.
Dia telah menulis tiga buah buku dan merakam lima album muzik. Beliau juga merupakan pemimpin kesatuan pekerja wartawan dan ahli pengasas parti pemerintah Malaysia Parti Keadilan Rakyat.