Martellidendron
| Martellidendron | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Monokot |
| Order: | Pandanales |
| Keluarga: | Pandanaceae |
| Genus: | Martellidendron (Martelli) Callm. & Chassot |
| Spesies | |
|
Lihat teks | |
Martellidendron ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Pandanaceae, tempatan di Seychelles dan Madagascar. Ia menyerupai palma, namun tidak berkait rapat dengannya. Genus Martellidendron, yang sebelumnya dianggap ceraian bagi genus Pandanus pada 1951 oleh Rodolfo Emilio Giuseppe Pichi-Sermolli, kemudian menjadi subgenus pada 1974. Ia akhirnya diasing keluar pada 2003 atas dasar kajian filogenetik menggunakan butir penjujukan DNA kloroplas.
Nama genus Martellidendron adalah sempena Ugolino Martelli (1860–1934), yang merupakan seorang ahli botani, biologi dan mikologi Itali, ditambah kata Yunani dendron untuk "pokok".
Genus ini diterap lilit oleh Martin Wilhelm Callmander dan Philippe Chassot dalam Taxon jil.52 (Isu 4) di halaman 755-762 pada 2003.