Marlboro

Marlboro
مارلبورو
Logo Marlboro 1908

Marlboro (Jawi: مارلبورو) ialah sebuah jenama rokok yang terkenal dan terbesar di dunia. Ia dibuat oleh Philip Morris USA (sebuah cawangan Altria) di Amerika Syarikat, dan oleh Philip Morris International (kini berasingan daripada Altria) di luar Amerika Syarikat. Ia dilancarkan pada tahun 1924. Ia terkenal dengan periklanan dan penajaan sukan permotoran. Richmond, Virginia adalah lokasi kilang Marlboro terbesar.