Marionexxes
MARIONEXXES Jelajah Dunia
Pada Mei 2024, kumpulan MARIONEXXES telah melancarkan sebuah album Nyembah Figura Tuhan (NFT). Lantas mereka memulakan siri jelajah dunia yang bermula di London. Siri jelajah ini menampilkan mereka di segenap pelusuk bumi. Album ini dilancarkan di platform Maal Chain, sebuah portal Non Fungible Token.
Marionexxes | |
|---|---|
Poster Marionexxes | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Malaysia |
| Tahun aktif | 1997 - |
| Syarikat rakaman | Negara Records |
| Anggota semasa | Piko |
| Bekas anggota | Ernie, DekDo, Johan, Joe |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | http://marionexxes.com |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Kumpulan MARIONEXXES ialah sebuah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan oleh 5 orang anak muda yang giat mengayuh BMX sekitar tahun 1997. Mereka mempunyai minat yang sama di dalam dunia muzik. Diasaskan di sekitar Pasar Karat berdekatan Jalan Dhoby, Johor Bahru sewaktu rakan-rakan sebaya ini melapangkan masa bersama. Uniknya, mereka adalah para pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP)] di Tingkatan 3 dari sekolah-sekolah yang berbeza seluruh Malaysia. Konsep asas muzik yang mula dimainkan sewaktu itu lebih kepada ekperimental yang tidak menjurus kepada genre tetap.