Marie Smith Jones

Marie Smith Jones (14 Mei 1918 – 21 January 2008) ialah penutur terakhir bahasa Eyak yang dituturkan di Southcentral Alaska. Dia dilahirkan di Cordova, Alaska, ketua kehormat Puak Eyak dan merupakan Eyak asli yang terakhir. Dalam sebuah temuvramah tahun 2005, Smith Jones menerangkan bahawa namanya dalam bahasa Eyak ialah Udach' Kuqax*a'a'ch yang katanya diterjemahkan sebagai "suatu bunyi yang memanggil orang dari jauh".