Maria Farida
Maria Farida | |
|---|---|
ماريا فريدا | |
| Kelahiran | Maria Farida Atienza 28 Mac 1969 |
| Pekerjaan | Pelakon, Model, Duta, Ahli Perniagaan |
| Tahun aktif | 1991–kini |
| Pasangan | Dato' Sri Rahman Shakur (k. 2015; c. 2023) |
| Anak-anak | 1 |
| Saudara | Badrul Muhayat (sepupu) |
Datin Sri Maria Farida Atienza (lahir 28 Mac 1969) ialah seorang pelakon, model dan ahli perniagaan wanita Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Melayu dan Filipina. Pada tahun 2018, beliau melancarkan jenama kosmetiknya, MF Cosmetique.